AM

Presiden Indonesia Prabowo Berlepas Pulang 

27/01/2025 07:25 PM

SUBANG, 27 Jan (Bernama) -- Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas pulang petang ini selepas menamatkan lawatan negara ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Penerbangan yang membawa Prabowo dan delegasi berlepas ke Indonesia pada 6.25 petang dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan album khas kepada Menteri Luar Indonesia Sugiono mewakili Prabowo yang mengandungi gambar-gambar sepanjang lawatan beliau ke Malaysia.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan lawatan itu ialah lawatan negara pertama oleh seorang ketua negara asing ke Malaysia, selepas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Ia juga merupakan lawatan negara pertama oleh Prabowo ke negara Asia Tenggara sejak pelantikannya sebagai Presiden Indonesia pada 20 Okt 2024.

Pagi tadi, Prabowo diberikan sambutan negara penuh istiadat di Istana Negara dan kemudian Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Presiden Indonesia itu di Dewan Seri Maharaja, selain beliau dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati I. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan