AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Terus Catat Trend Penurunan

10/02/2025 09:29 PM

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,047 orang daripada 325 keluarga berbanding 1,197 orang daripada 373 keluarga.

Seramai 685 orang ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi di Beaufort, 260 orang di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang di sebuah PPS daerah Membakut.

Kenyataan itu menyebut 18 kampung terjejas melibatkan 13 di Membakut, tiga di Beaufort dan dua di Kinabatangan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa menurun kepada 992 yang ditempatkan di sembilan PPS berbanding 1,286 orang.

Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan Mukah mencatatkan jumlah mangsa teramai dengan 438 orang diikuti Miri (277), Bintulu (274) dan Sibu (tiga).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan