KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak telah menyentuh keprihatinan pelbagai pihak untuk sama-sama membantu rakyat yang terkesan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata selain badan bukan kerajaan (NGO), beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.
“Terbaru, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM)jturut sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata sumbangan RM50,000 diserahkan oleh Presiden PKBM Datuk Dr Azman Yusoff kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Wisma Bapa, Kuching, Sarawak tengah hari tadi.
“Terima kasih saya ucapkan kepada PKBM dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat banjir di Sarawak baru-baru ini,” katanya.
Setakat malam ini, jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 604 orang berbanding 735 orang petang tadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial