FOKUS BERNAMA

Lindungi Haiwan Kesayangan Dan Diri Kita Daripada Parasit

13/02/2025 03:07 PM

Ancaman parasit jarang diambil serius dalam penjagaan haiwan kesayangan terutamanya kucing, walhal infestasi organisme itu boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius pada haiwan dan juga manusia.

Menurut Ketua Kesihatan Haiwan Boehringer Ingelheim Malaysia, Singapura, Indonesia (MSI)  Dr Kam Kok Yen, kehadiran parasit pada haiwan kesayangan  bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan tetapi juga membawa risiko kesihatan kepada haiwan itu dan hal ini lazim ditemukan pada kucing, khususnya di Asia dengan kadar prevalens yang tinggi.

“Disebabkan oleh kelakuan dan gaya hidup, kucing rentan kepada pelbagai jenis parasit dalaman dan luaran seperti pinjal, sengkenit dan cacing yang berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan serius.

"Berdasarkan kajian epidemiologi terkini melibatkan lebih 1,000 ekor kucing di Asia Timur dan Asia Tenggara, 43 peratus daripada kucing peliharaan mempunyai parasit luaran seperti pinjal, sengkenit dan hama, sementara 14 peratus ada parasit dalaman yang boleh membawa maut seperti cacing kerawit, cacing gelang dan cacing jantung.

“Dapatan ini menekankan keperluan mendesak pencegahan parasit secara menyeluruh bagi kucing kesayangan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama. 

Dr Kam berkata di Malaysia, penemuan spesifik mengetengahkan ancaman besar terhadap populasi kucing.

“Cacing kerawit yang menghisap darah merupakan parasit paling lazim dan boleh menyebabkan masalah kesihatan serius pada kucing, sementara pinjal ditemukan pada 89 peratus kucing dalam kajian, menyebabkan ketidakselesaan serta risiko transmisi penyakit lain.

“Kutu pula ditemukan pada satu daripada 10 ekor kucing, menyebabkan kegatalan, keguguran bulu serta jangkitan kulit sekunder, sementara hama telinga ada pada satu daripada lima ekor kucing, penyumbang utama jangkitan telinga yang mengakibatkan kegatalan, keradangan dan bengkak.

"Bagaimanapun Malaysia ketinggalan dari segi penjagaan preventif dengan kurang daripada 40 peratus kucing dilindungi daripada parasit dalaman serta tidak sampai satu pertiga dilindungi daripada parasit luaran," katanya.

pic-2

Beliau berkata satu daripada salah tanggapan biasa dalam kalangan pemilik ialah kucing dalam rumah selamat daripada parasit.

"Persekitaran dalam rumah mungkin mengurangkan pendedahan langsung kucing kepada ancaman di luar, namun tidak bermakna mereka bebas risiko.

"Pinjal, sengkenit dan telur parasit lain dengan mudah dibawa masuk ke dalam rumah menerusi pakaian, kasut atau haiwan kesayangan lain, mendedahkan kucing dalam rumah kepada ancaman luaran ini.

"Kucing dalam rumah juga terdedah kepada parasit dalaman seperti cacing gelang dan cacing pita melalui pemakanan secara tidak sengaja atau pendedahan kepada makanan dan permukaan yang tercemar," jelasnya.

 

PERANAN PENJAGAAN PREVENTIF

 

Kemajuan perubatan veterinar memberikan pemilik lebih banyak produk untuk melindungi haiwan kesayangan mereka daripada bahaya-bahaya ini, termasuklah penyelesaian terbaharu keluaran Boehringer Ingelheim, iaitu NexGard® COMBO untuk kucing.

“Produk pelopor ini menawarkan formula inovatif dan mudah digunakan, direka khusus untuk perlindungan spektrum luas, meliputi pelbagai jenis parasit dalaman dan luaran pada kucing," kata Dr Kam.

"Pencegahan parasit seperti  NexGard® COMBO untuk kucing memainkan peranan penting dan tidak seperti kebanyakan rawatan tradisional, NexGard® COMBO menawarkan perlindungan terhadap kedua-dua parasit dalaman dan luaran.

"Kombinasi unik iaitu eprinomectinpraziquantel dan bahan antiparasit generasi hadapan esafoxolaner, memastikan liputan spektrum luas merangkumi pinjal, sengkenit, hama telinga serta parasit berbahaya seperti cacing jantung, cacing gelang dan cacing pita.

"Formulasi baharunya merupakan satu-satunya topikal felin spektrum luas yang membunuh cacing pita, menjadikannya preventif kelas tersendiri bagi kucing," katanya.

pic-3

Beliau berkata seiring peningkatan jumlah pemilik haiwan kesayangan merentasi rantau, pakar melihat ada keperluan kritikal untuk beralih daripada rawatan reaktif kepada penjagaan preventif.

“NexGard® COMBO membolehkan pemilik kucing mengambil langkah proaktif ini dengan mudah dan yakin, memastikan perlindungan menyeluruh daripada parasit dalaman dan luaran yang boleh menjejaskan kesihatan haiwan kesayangan dan keluarga," katanya.

 

CEGAH JANGKITAN PARASIT PADA KUCING

 

Dr Kam turut berkongsi garis panduan yang praktikal untuk pemilik haiwan kesayangan melindungi kucing mereka dan diri sendiri daripada risiko kesihatan berkaitan parasit. Pencegahan parasit yang berkesan melibatkan gabungan rawatan berkala dan sikap proaktif.

Beliau berkata penggunaan konsisten parasitisid yang berkesan adalah penting dan produk seperti NexGard® COMBO mempermudah proses dengan menawarkan perlindungan sekali sebulan menerusi formula yang mudah digunakan.

“Penggunaan secara berkala mengurangkan risiko dihinggapi parasit, iaitu kunci dalam mengekang infestasi. 

"Kedua, perapian dan pemantauan yang kerap bukan sahaja membantu memastikan kesihatan bulu haiwan tetapi juga memberikan peluang untuk memeriksa parasit seperti pinjal atau sengkenit. Pengesanan awal dapat mencegah infestasi yang teruk. 

"Mencuci tempat tidur haiwan peliharaan, mainan dan bekas makanan secara berkala serta menyedut habuk pada permaidani dan perabot, boleh membantu menghilangkan telur parasit yang masih ada dan mengurangkan risiko jangkitan, selain mengehadkan pendedahan haiwan peliharaan anda kepada kawasan yang cenderung mempunyai parasit.

"Bagi pemilik yang gemar membawa kucing mereka ke luar  atau ke taman tertutup, pematuhan rejimen pencegahan parasit menjadi lebih penting. Pemeriksaan veterinar secara berkala membolehkan penilaian profesional dan pengesanan awal sebarang masalah yang berpotensi serta memastikan haiwan peliharaan anda menerima ubat antiparasit yang sesuai," katanya.

 

PENCEGAHAN STANDARD BAHARU PENJAGAAN HAIWAN

 

Sementara itu, pakar parasit veterinar Prof Dr Rebecca J. Traub menekankan kepentingan beralih daripada pendekatan reaktif kepada preventif memandangkan salah tanggapan tentang parasit masih berleluasa.

Kata beliau, ramai yang percaya rawatan parasit hanya diperlukan apabila ada gejala ataupun isu itu akan selesai sendiri.

“Malangnya, ketika gejala semakin ketara, kebanyakan kes sudah teruk dan membawa kepada komplikasi serius.

“Pendekatan proaktif yang dianjurkan oleh produk seperti NexGard® COMBO bukan sahaja memelihara kesihatan kucing tetapi turut menyumbang kepada kesejahteraan manusia yang berkongsi ruang dengan haiwan kesayangan mereka,” katanya semasa pelancaran NexGard® COMBO di sini baru-baru ini.

Dr Kam berkata Boehringer Ingelheim mahu menetapkan standard baharu dalam pengawalan parasit felin, melengkapi pemilik dengan kaedah yang mudah diakses dan sangat berkesan bagi melindungi kucing mereka daripada pelbagai jenis parasit.

"Produk termaju ini menggabungkan parasitisid paling berkesan yang tersedia, menjadikannya pilihan ideal bagi kucing di dalam dan luar rumah.

“Dengan mengambil langkah proaktif ini, pemilik haiwan kesayangan dapat memastikan kucing mereka menjalani kehidupan lebih sihat dan gembira, selain menjaga kesihatan diri sendiri daripada risiko jangkitan zoonotik.

“Pencegahan parasit bukan lagi pilihan tetapi satu kemestian dalam pemilikan haiwan kesayangan yang bertanggungjawab serta penting bagi kesejahteraan haiwan peliharaan dan juga keluarga mereka,” katanya.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan