SEREMBAN, 12 Feb (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan.
Mohd Ekhwan dianugerahkan DBNS yang membawa gelaran Datuk pada 14 Jan 2019.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial