AM

Banjir Sabah, Sarawak Beransur Pulih

13/02/2025 10:14 PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi. 

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan terus berkurangan kepada 107 orang daripada 29 keluarga berbanding 169 orang daripada 43 keluarga pada 4 petang tadi.

“Sebuah PPS ditutup di Kinabatangan malam ini, menjadikan hanya tinggal satu PPS dibuka di daerah itu,” menurut jawatankuasa itu. 

Sementara itu di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di dua PPS di Bahagian Miri sedikit menurun iaitu 202 orang berbanding 205 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan dua PPS itu ialah Dewan Masyarakat Beluru yang kini menempatkan 137 orang serta SMK Bakong Beluru dengan 65 orang. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan