AM

Allianz Life Tekan Kepentingan Pengesanan Awal, Perlindungan Terhadap Kanser

21/02/2025 08:32 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) menyokong kepentingan Pengesanan Awal, Intervensi Awal dan Rawatan Awal (3E) untuk memerangi beban kanser yang semakin meningkat di Malaysia.

Sejajar dengan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Program Kawalan Kanser 2021-2025, pendekatan holistik berkenaan termasuk pencegahan, saringan, diagnosis dan rawatan untuk meningkatkan hasil kesihatan.

Ketua Pegawai Operasi Allianz Life Tammy Lee dalam kenyataan hari ini menekankan peranan penting perlindungan kewangan di samping 3E. 

“Diagnosis kanser bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan anda, tetapi juga kestabilan kewangan anda. Mempunyai pelan insurans khusus yang disesuaikan untuk penyakit kritikal seperti kanser memastikan individu dan keluarga mereka bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi cabaran berkenaan tanpa menjejaskan kualiti penjagaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu sejak 2020 hingga 2024, Allianz Life melaporkan peningkatan sebanyak 70.4 peratus dalam bilangan tuntutan berkaitan kanser yang diluluskan termasuk polisi unik, dengan lima kanser yang paling utama ialah payudara, kolon, paru-paru, nasofarinks (pangkal hidung) dan ovari.

Allianz Life memaklumkan keadaan mendesak untuk perlindungan kewangan, diketengahkan lagi oleh data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mendedahkan peningkatan mendadak dalam kematian berkaitan kanser, meningkat daripada 5,231 pada 2001 kepada 16,545 pada 2023.

Kanser organ penghadaman menyebabkan jumlah kematian tertinggi dengan 5,054 individu, diikuti kanser pernafasan dan kanser organ pernafasan (2,530) serta payudara (1,681).

“Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Allianz Life menekankan kesedaran tentang kepentingan kesediaan kewangan dalam memerangi kanser.

“Dengan kes kanser yang semakin meningkat di Malaysia, memiliki pelan insurans khusus untuk kanser dan penyakit kritikal lain semakin penting untuk memastikan keselamatan kewangan dan ketenangan fikiran,” menurut kenyataan itu.

 Allianz Life memaklumkan sejak 10 tahun lepas, kos rawatan kanser telah meningkat dengan ketara meliputi perbelanjaan berkaitan dengan ujian diagnostik, penginapan di hospital, kemoterapi, radiasi dan pembedahan, selain kos tidak langsung seperti pengangkutan, penjagaan anak dan kehilangan pendapatan semasa pemulihan menambahkan lagi tekanan kewangan.

Sehubungan itu, Allianz Life menggalakkan individu menilai perlindungan kesihatan semasa mereka dan mempertimbangkan rancangan penyakit kritikal tambahan untuk menangani cabaran terbabit.

“Pelan ini menawarkan keselamatan kewangan iaitu perlindungan untuk perbelanjaan perubatan, termasuk penginapan di hospital, rawatan, ubat-ubatan dan penjagaan selepas rawatan serta perlindungan pendapatan iaitu pembayaran sekali gus untuk menampung perbelanjaan bukan perubatan atau kehilangan pendapatan semasa pemulihan.

"Tawaran lain ialah ketenangan fikiran iaitu mengurangkan tekanan kewangan, membolehkan individu memberi tumpuan kepada pemulihan,” menurut kenyataan itu.

Allianz Life menyediakan perlindungan yang lengkap terhadap penyakit kritikal termasuk kanser, melalui produk seperti Prime Care+ dengan Manfaat Pemulihan Kanser dan pelan rider HealthCover Plus untuk perlindungan peringkat lanjutan.

Maklumat lanjut mengenai pelan penyakit kritikal Allianz Life, layari www.allianz.com.my atau hubungi ejen sah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan