PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinannya terhadap Khairul Hanafi, 8, yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan minggu lepas.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya Anwar berkata beliau telah meminta Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim, untuk menziarahi Khairul Hanafi dan keluarganya di hospital berkenaan.
“Saudara Kamil telah menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada keluarga mangsa. Mendoakan adik Khairul Hanafi segera diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan, insya-Allah,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Khairul Hanafi mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Presint 11(1), Putrajaya, minggu lepas.
Media melaporkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata insiden berlaku apabila mangsa mahu melintas jalan untuk pulang ke sekolah sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita.
Aidi Sham berkata akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain patah kaki kiri.
Dalam insiden tersebut, orang ramai terpaksa terbalikkan kereta jenis Perodua Alza bagi mengeluarkan pelajar itu yang terperangkap di bawah kenderaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial