KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memasak dan bersahur bersama 108 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah di sini pagi tadi.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan Nga yang tiba di balai bomba itu pada 5 pagi disambut Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad dan barisan pegawai bomba bertugas.
“Nga atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Kor Meng” turut memasak telur dadar, kari kambing, roti Arab dan membancuh teh tarik sebagai juadah sahur untuk anggota bomba bertugas di balai berkenaan.
“Lawatan Nga adalah tanda penghargaan dan solidariti Kerajaan MADANI terhadap pasukan Wira Merah seluruh negara. Semangat, jasa dan bakti anggota bomba sentiasa dikenang oleh masyarakat berbilang kaum negara ini,” menurut kenyataan itu.
Nga semasa berucap turut merakamkan penghargaan kepada warga JBPM dan ahli pasukan bomba sukarela atas kesediaan berkhidmat sepanjang masa khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial