AM

Agong Perkenan Dua Akta Diluluskan Sidang Parlimen Lepas

06/03/2025 12:41 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata akta itu ialah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2024 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024.

Selain itu, Ramli turut memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul membenarkan cuti daripada menghadiri mesyuarat kepada Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) di bawah Perkara 52(2) Perlembagaan Persekutuan dari 3 Feb hingga hari ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan