AM

Shopee House Terbesar Himpun 2,000 Affiliate, Bantu Rakyat Dapatkan Tawaran Terbaik

24/06/2025 04:36 PM

PETALING JAYA, 24 Jun (Bernama) -- Shopee menganjurkan acara pencipta kandungan affiliate terbesar setakat ini pada Sabtu lepas dengan mengumpulkan lebih 2,000 affiliate dan 80 jenama dalam edisi terbaharu Shopee House.

Acara berkenaan merupakan platform utama secara fizikal menyatukan affiliate, jenama, dan ekosistem Shopee untuk berhubung, belajar serta berkolaborasi menjelang kempen Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun.

Shopee memaklumkan acara itu juga memperkasakan affiliate untuk memacu penemuan produk sambil membantu rakyat Malaysia berbelanja Lagi Murah dan Lagi Cepat menerusi penawaran diskaun yang disediakan.

“Edisi Shopee House kali ini diterajui penaja utama seperti Kiehl’s, La Roche-Posay, Kérastase, dan Maybelline, selain jenama tempatan popular termasuk Naelofar, The Pastels Shop, ALARD, Bateri Hub Official dan ZUS Coffee.

“Jenama-jenama ini berinteraksi dengan affiliate melalui demo langsung, pameran produk, dan peluang penciptaan kandungan secara spontan. Hasilnya tercipta kandungan yang lebih kaya dan bersifat lokal, daripada tutorial kecantikan dan nyahkotak gajet hinggalah ke sesi soal jawab secara langsung yang membantu pengguna menemui pilihan,” menurut Shopee dalam kenyataan.

Shopee memaklumkan acara itu turut mencatat kehadiran lebih dua kali ganda berbanding edisi Februari lepas, sekali gus menunjukkan pertumbuhan dan komitmen syarikat berkenaan dalam memperkasakan komuniti pencipta kandungan.

Acara itu juga mengetengahkan sesi pembelajaran berimpak tinggi termasuk “Content with Purpose” bersama beberapa pencipta kandungan berjaya di Malaysia seperti Muhamad Zaki Saidatul Akmal (Brozaki), Syakirah Al-Edrus (JoyahSiKepoh), Fatimah Az Zahraa'Jamil (FHStore) yang berkongsi pengalaman dalam membina kepercayaan pembeli melalui keaslian, kejujuran dan konsistensi kandungan.

Fatimah, misalnya, menjelaskan kandungan yang ringkas namun konsisten boleh membina momentum dan kepercayaan asalkan memahami keperluan pelanggan.

“Selain itu, ciri-ciri Shopee memudahkan saya untuk memuat naik, tag, dan fokus dalam menyampaikan mesej dengan berkesan,” katanya menerusi kenyataan sama.

Penstrim langsung terkemuka Norazlina Binti Azmi (Mekallynashop) dan pencipta kandungan teknologi Muhammad Najmi Abdul Rahman (TheKampungNerd) pula berkongsi panduan praktikal untuk melaksanakan kempen secara berkesan serta strategi membina kandungan jangka panjang, menerusi sesi Masterclass Shopee Live dan Masterclass YouTube.

“Kejayaan dalam penstriman langsung tidak bergantung kepada saiz pasukan, tetapi pada strategi yang tepat dan penggunaan ciri-ciri platform secara optimum. Fungsi seperti komen yang dipin, baucar masa nyata dan tag produk membolehkan saya membimbing penonton, daripada minat terus ke pembelian,” kata Norazlina.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia Tan Ming Kit berkata acara Shopee House itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan pencipta kandungan melalui pelbagai inisiatif termasuk Content Creator Club, Livestream Ads Incentives dan kerjasama strategik bersama YouTube.

“Disokong oleh Affiliate Marketing Solution serta komitmen kami terhadap tawaran ‘Lagi Murah dan Lagi Cepat’, kami menyediakan lebih banyak peluang kepada pencipta untuk menjana pendapatan, berhubung dengan jenama, dan membantu pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih bijak melalui suara yang mereka percayai,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, Shopee telah bekerjasama dengan lebih 500,000 pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang di seluruh negara termasuk suri rumah dan pelajar universiti.

“Jumlah ini dijangka terus meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi digital. Selain menawarkan peluang menjana pendapatan, kami menyediakan latihan dan sokongan berterusan kepada afiliasi (pencipta kandungan) di mana mereka didedahkan kepada strategi kandungan berkesan, pemadanan produk dengan jenama bersesuaian serta analisis prestasi siaran langsung secara masa nyata.

“Peserta baharu juga dibekalkan sokongan tambahan seperti baucar, trafik percuma dan pendedahan awal terhadap produk popular (tular) bagi membantu mereka memulakan perjalanan sebagai usahawan digital dengan lebih yakin,” katanya pada sidang media selepas pelancaran acara berkenaan.

Menjelang kempen 7.7, rakyat Malaysia boleh nantikan tawaran eksklusif, demo masa nyata dan ulasan dipercayai oleh affiliate di Shopee Live dan Shopee Video. Sama ada anda mencari cadangan dipercayai, pandangan tentang produk tempatan, atau nilai yang sukar ditandingi, komuniti affiliate Shopee sedia membantu anda berbelanja Lagi Murah dan Lagi Cepat semasa Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun yang bermula 25 Jun 2025.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan