KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI.
Beliau dalam hantaran di Facebook berkata Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) menjadi medan penting antara institusi Raja dan kerajaan dalam menyelaras hal ehwal Islam di negara ini.
Anwar yang juga Timbalan Pengerusi MKI berkata ini khususnya dalam memperkasa pembangunan insan berteraskan ihsan, adab dan ilmu demi menjulang Karamah Insaniah.
Terdahulu, beliau menghadiri MKI ke-73 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, ahli dilantik mewakili negeri-negeri, pemimpin tertinggi kerajaan serta semua ahli MKI yang dilantik mengikut kepakaran masing-masing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial