BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Menara Komunikasi CelcomDigi Di Raub Dirosakkan, Lapan Kampung Terjejas

03/07/2025 12:26 AM

KUANTAN, 2 Julai (Bernama) -- Sebuah menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi CelcomDigi di Dong, Raub, dilaporkan rosak akibat perbuatan vandalisme, sekali gus menjejaskan perkhidmatan di beberapa kawasan sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata siasatan awal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati menara terbabit berperanan sebagai 'collector' yang menghubungkan lapan menara pemancar lain.

Katanya pemancar yang terjejas susulan insiden itu terletak di Kampung Gesing, Sungai Ruan, Kampung Jelu, Bukit Pampong, Kampung Chendra Chinchin, Kampung Tanjung Putus, Kampung Temau dan Kampung Gali Hilir.

“Akibat perbuatan khianat ini, banyak peralatan mengalami kerosakan serius dan tidak lagi boleh digunakan, sekali gus memerlukan penggantian baharu yang tertakluk kepada ketersediaan stok.

“Sebagai langkah sementara, pihak CelcomDigi sedang berusaha mengaktifkan semula menara terbabit secara berperingkat bagi memulihkan perkhidmatan di kawasan terjejas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadzli menyeru orang ramai agar bekerjasama dengan pihak berkuasa dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di menara komunikasi bagi mengelak insiden seumpamanya berulang.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan