Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Elysee, di sini untuk bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Anwar, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari di sini, akan turut menyentuh konflik di Asia Barat, terutamanya krisis kemanusiaan di Gaza, pada pertemuan itu.
Pada Jumaat, Anwar bertemu rakan sejawatan beliau, Francois Bayrou.
Selepas pertemuan dengan Macron, Anwar akan berlepas ke Brazil untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS dari 5 hingga 7 Julai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial