JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Kesan Remaja OKU Hilang Di Pasir Puteh

07/07/2025 02:54 PM

KOTA BHARU, 7 Julai (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 29 Jun lepas di Selising, Pasir Puteh. 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata remaja OKU kategori pembelajaran berumur 19 tahun dan berkulit cerah itu dikenali sebagai Muhammad Haikal Mohd Saidie. 

Beliau berkata Muhammad Haikal dilaporkan hilang pada 29 Jun lepas sekitar 9 pagi dan alamat menetap mangsa di Kampung Banggol Saman, Selising.

"Kes ini disiasat dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH) dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta memghubungi Ketua Balai Polis Selising, Pasir Puteh Suhaimi Abdullah di talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Pasir Puteh di talian 09-7867222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan