JENAYAH & MAHKAMAH

Pengurus Rugi RM211,000 Ditipu Pelaburan Tidak Wujud

15/07/2025 12:30 PM

KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Seorang pengurus perkhidmatan sebuah hotel di sini kerugian RM211,000, selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian, bulan lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 49 tahun itu, melihat iklan pelaburan menjanjikan pulangan tinggi di Facebook sebelum berhubung dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa diberikan pautan untuk menyertai pelaburan dan membuat enam transaksi ke dua akaun antara 4 hingga 11 Jun menggunakan wang simpanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu bagaimanapun berasa ditipu selepas perlu membuat bayaran tambahan dan tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan tersebut.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan