AM

Agong Dipersembah Taklimat Lawatan Negara Ke Rusia Ogos Ini

16/07/2025 01:36 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan taklimat mengenai lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat selama hampir sejam itu telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohd Zin, semasa sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara, di sini.

Turut hadir semasa sesi taklimat ialah Duta Rusia ke Malaysia Naiyl M Latypov,  Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri Datuk Yubazlan Yusof, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli dan Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negeri Abu Bakar Mamat.

Hadir sama ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan