POLITIK

UMNO Sudah Siap Jentera Bantu PRN Sabah - Mohamad Hasan

26/07/2025 04:10 PM

JERTIH, 26 Julai (Bernama) -- UMNO telah mempersiapkan jenteranya bagi membantu persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata UMNO di setiap negeri sudah menerima pembahagian zon masing-masing dan jentera negeri akan bergerak ke kawasan yang ditugaskan.

Pembahagian zon itu disusun dengan baik oleh bilik gerakan di ibu pejabat parti dan terdapat sebahagian petugas telah berada di Sabah bagi memulakan gerak kerja.

“Semalam semua ketua bahagian Kelantan berada di Sabah kerana mereka menjaga kawasan Timur Sabah. Terengganu pun akan pergi untuk menguruskan kawasan Tawau, Sandakan dan Kudat. Di Negeri Sembilan dan Melaka pula kami diberi mandat menjaga kawasan Putatan, Penampang, Sepanggar dan Kota Kinabalu,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Luar dan Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan