JENAYAH & MAHKAMAH

Peserta Wanita Dikejarkan Ke HKL Akibat Sesak Nafas Ketika Perhimpunan

26/07/2025 07:37 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami sesak nafas ketika menyertai perhimpunan di ibu negara hari ini. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur kejadian berlaku pada 4 petang di Dataran Merdeka apabila wanita berusia 30-an itu mengalami sesak nafas akibat kandungan gula dalam darah rendah.

"Mangsa telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan kemudian dibawa oleh unit EMRS JBPM ke HKL untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Perhimpunan itu melibatkan lima lokasi utama, iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan