KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki penurunan mendadak pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 susut kepada US$3,351.70 setiap auns troy daripada US$3,366.5 ketika ditutup pada Isnin.
Kontrak September 2025 berkurang kepada US$3,357.40 setiap auns troy daripada US$3,372.2, Oktober 2025 menyusut kepada US$3,385.90 setiap auns troy daripada US$3,402.2, dan November 2025 merosot kepada US$3,403.30 daripada US$3,419.6 setiap auns troy.
Sementara, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 turut ditutup lebih rendah pada US$3,422.80 setiap auns troy berbanding dengan US$3,439.1 sebelumnya.
Jumlah dagangan turun kepada 24 lot daripada 28 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50 kontrak berbanding 56 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$3,356.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 11 Ogos.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial