DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

13/08/2025 07:23 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 menambah 27.5 mata kepada 1,595.0, September 2025 menokok 25.0 mata kepada 1,573.50, Disember 2025 meningkat 28.0 mata kepada 1,579.0.0, dan Mac 2026 melonjak 28.50 mata kepada 1,559.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10,191 lot daripada 6,627 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 48,018 kontrak daripada 44,821 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 18.70 mata, atau 1.19 peratus, untuk ditutup kepada 1,586.60 daripada 1,567.90 sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan