JENAYAH & MAHKAMAH

Akmal Saleh Selesai Beri Keterangan Di IPD Dang Wangi

16/08/2025 02:19 AM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 1.25 pagi tadi berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis lepas.

Peguam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, Aizat Azam berkata Muhamad Akmal memberikan kerjasama yang baik dan menjawab semua kira-kira 80 soalan yang ditanya pegawai penyiasat.

"Beliau (Muhamad Akmal) disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan  dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan IPD berkenaan selepas anak guamnya selesai memberikan keterangan.

Sementara itu, Muhamad Akmal berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan kes berkenaan.

Katanya beliau tidak akan lari dan bersedia untuk menghadapi apa jua tindakan.

Terdahulu, Muhamad Akmal tiba di IPD Dang Wangi di sini pada 11 malam tadi bagi dirakam keterangan.

 Semalam, polis mengesahkan telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung satu video tular menerusi platform Facebook atas nama Akmal Salleh.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan