AM

PM Anwar Salur Bantuan Awal Peniaga Terjejas Ribut Di Kuantan

16/08/2025 06:36 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan awal kepada lapan peniaga di Kampung Padang, Kuantan, Pahang yang terjejas susulan tapak meniaga mereka rosak akibat dibadai ribut, baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika meninjau lokasi kejadian dan menziarah mangsa, Khamis lepas.

“Usai menerima laporan, saya bersama pasukan telah ke sana bagi melihat sendiri kerosakan yang berlaku serta mendengar sendiri keluhan para peniaga.

“Alhamdulillah, dengan dukungan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, sejumlah bantuan awal segera dapat disalurkan yang diharapkan meringankan sedikit beban kerugian yang dialami,” menurut Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berharap sumbangan itu dapat menjadi permulaan peniaga tersebut untuk kembali bangkit dan memulakan semula perniagaan mereka.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan