KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok (21-27 Ogos).
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penurunan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Menurut MOF harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada harga RM3.13 seliter dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial