KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,593.5, September 2025 susut 0.5 mata kepada 1,572.0, Disember 2025 turun 3.0 mata kepada 1,568.06, dan Mac 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,553.50.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5,839 lot daripada 5,598 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,596 kontrak daripada 43,803 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 2.03 mata, atau 0.13 peratus, untuk ditutup kepada 1,588.21 daripada paras 1,590.24 pada Selasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial