JENAYAH & MAHKAMAH

MAQIS Rampas 100 Anak Pokok Kulit Kayu Manis Di LTAPP

21/08/2025 07:10 PM

GEORGE TOWN, 21 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 100 anak pokok kulit kayu manis jenis Cinnamomum yang dibawa masuk oleh seorang lelaki tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini.

MAQIS memaklumkan pemeriksaan mendapati lelaki berusia 67 tahun yang baru tiba dari Taiwan membawa dua kotak pembungkusan mengandungi 100 anak pokok berkenaan tanpa permit import untuk dibawa masuk ke negara ini.

"Lelaki itu mendakwa 100 anak pokok bernilai RM3,900 tersebut untuk kegunaan sendiri, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Semua anak pokok itu dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan  Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengimportan tanpa dokumen permit import MAQIS yang sah," menurut MAQIS dalam kenyataan hari ini.

MAQIS memaklumkan bahawa menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memastikan setiap pengimportan barang pertanian ke dalam negara diyakini selamat dengan pengisytiharan maklumat pengimportan yang sahih.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan