JENAYAH & MAHKAMAH

Bengkel Terbakar: 37 Kereta, Tujuh Motosikal Musnah

25/08/2025 09:04 AM

SHAH ALAM, 25 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 37 kereta dan tujuh motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 24 di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jawatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.31 dan seramai 21 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dan lori tangki dari Balai Bomba Shah Alam dan Jelutong, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan Kelas A yang dijadikan bengkel kenderaan berkeluasan 50x100 kaki persegi, dengan kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur bangunan tersebut.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa di dalam bangunan kecuali seorang pekerja bengkel telah melecur di tangan disebabkan ingin mengalih kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Status mangsa stabil dan telah di bawa ke hospital oleh pihak keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan