DUNIA

Hiasan Bunga Siap Menjelang Majlis Peringati Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis

27/08/2025 09:53 PM

BEIJING, 27 Ogos (Bernama-CMG)-- Kerja gubahan hiasan bunga di sepanjang Lebuh Chang'an, Beijing selesai dilakukan menjelang majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Menurut Biro Perhutanan dan Taman Beijing, lebih 100 jenis tumbuhan digunakan bagi menghasilkan 10 set hiasan bunga sempena majlis berkenaan.

Kesemua hiasan landskap berkenaan menampilkan tema "Mengingati Sejarah, Mengenang Pahlawan, Menghargai Keamanan, Mencipta Masa Depan".

Gubahan hiasan bunga turut memaparkan semangat rakyat China yang tabah berjuang demi merealisasikan visi membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa.

– BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan