KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Beliau tiba pada 1.25 tengah hari dengan mengenakan baju Melayu berwarna biru cair lengkap bersongkok, sebelum disambut mesra oleh pengurusan masjid serta para jemaah yang hadir lebih awal.
Turut menyambut beliau ialah Timbalan Ketua Polis Selangor Mohd Zaini Abu Hassan dan penyanyi penyanyi antarabangsa, Maher Zain.
Solat Jumaat itu dipimpin oleh imam Ustaz Ismail Hasan.
Dalam khutbah bertajuk “Perpaduan Kunci Kemerdekaan yang Berkekalan”, jemaah diingatkan agar menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi mengekalkan perpaduan sesama kaum, sekali gus memelihara nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama 68 tahun.
Selesai solat, Perdana Menteri mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum beredar pulang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial