JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Curi Van Jenazah Ditahan Selepas Kemalangan

04/09/2025 09:25 PM

JOHOR BAHRU, 4 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki yang dipercayai mencuri van jenazah dari sebuah surau ditahan polis selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Jalan Skudai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata van jenazah jenis Toyota Hiace milik Surau Nurul Haq di Jalan Besar Sungai Sayong dekat Kulai itu, dipercayai dicuri oleh suspek yang berusia 21 tahun antara 1 hingga 2 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun berkata lelaki terbabit kemudian terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika melarikan van itu kira-kira 2.30 pagi.

“Suspek hanya cedera ringan pada muka dan kaki,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata hasil semakan mendapati lelaki itu memiliki 14 rekod jenayah lampau dan dia disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tan berkata pihaknya sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan