PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mempelawa pihak yang berminat dan mempunyai lesen penjanaan, peruncitan atau pemborong elektrik di Singapura untuk menyertai bidaan ENEGEM 2025 yang membolehkan pembelian elektrik hijau dari Malaysia.
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak yang berminat boleh mendaftar melalui laman sesawang Single Buyer mulai 8 September 2025.
Maklumat lanjut mengenai bidaan itu boleh didapatkan di laman sesawang PETRA, Suruhanjaya Tenaga dan Single Buyer.
ENEGEM merupakan platform khusus yang dibangunkan PETRA pada 15 April 2024 bagi melaksanakan perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke negara jiran.
Urusan perdagangan tenaga rentas sempadan menerusi platform ENEGEM ini dilaksanakan berpandukan garis panduan “Guide for Cross-Border Electricity Sales (CBES)”.
Menurut kementerian itu, setakat ini urus niaga perdagangan elektrik hijau dengan kapasiti sehingga 50MW telah dijalankan sejak 13 Disember 2024.
“PETRA yakin pelaksanaan bidaan melalui platform ENEGEM ini akan membolehkan Malaysia memperkukuhkan lagi kerangka kerja pembekalan elektrik merentas sempadan.
“Dalam masa sama ia juga akan membuka peluang pembangunan serta usaha sama lebih meluas dalam sektor tenaga hijau melalui perdagangan rentas sempadan dalam kalangan negara ASEAN, sejajar dengan teras kesejahteraan dan kemapanan Malaysia MADANI,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial