KUANTAN, 5 Sept (Bernama) -- Seekor gajah dikesan berkeliaran di kawasan kuarters Klinik Kesihatan Bandar Jerantut, Jerantut hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Rozidan Md Yasin berkata kehadiran haiwan liar itu disahkan hasil pemantauan selepas pihaknya menerima aduan kira-kira jam 10.15 pagi.
“Pemantauan mengesahkan mamalia itu berada di lokasi aduan berdasarkan kesan jejak yang ditemui. Hasil siasatan mendapati saiz tapak gajah berkenaan dianggarkan 14 inci (35.5 sentimeter),” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang kejadian membabitkan hidupan liar kepada PERHILITAN bagi tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial