JENAYAH & MAHKAMAH

Mesin Padi Terbalik Dalam Sungai, Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas

06/09/2025 10:25 PM

ALOR SETAR, 6 Sept (Bernama) -- Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.40 petang. Dimaklumkan, sebuah mesin padi terjatuh ke dalam sungai dan terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu seorang daripadanya dipercayai lemas.

“Kerja-kerja pencarian mangsa di permukaan sungai sedang dijalankan dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Radzi Abdul Rahim yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lagi mangsa masih belum dijumpai dan identiti kesemua yang terlibat juga belum diperolehi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan