BERITA TERGEMPAR   Earthquake: 15 government buildings in Segamat suffered minor damage, estimated repair cost is RM550,550 - Ahmad Maslan | 
 AM

500 Penjawat Awam Kelantan Semarakkan Sambutan HKHM 2025

07/09/2025 05:25 PM

KOTA BHARU, 7 Sept (Bernama) -- Lebih 500 penjawat awam daripada 28 jabatan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Persekutuan Kota Bharu (Kesuma) memeriahkan program Mini Karnival Kibar Jalur Gemilang dan Hari Malaysia 2025 di sini hari ini.

Selain menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga perkhidmatan awam, Pengerusi Kesuma Sulkifli Silang berkata sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 menjadi wadah untuk memperkukuh jati diri serta menzahirkan sokongan kepada dasar kerajaan.

"Sebagai jentera pentadbiran negara, penjawat awam berperanan mendukung segala dasar kerajaan dan menyemarakkan semangat cintakan tanah air sekali gus menjadi contoh kepada masyarakat.

"Kelainan sambutan tahun ini adalah penganjuran karnival jualan melibatkan syarikat tempatan, selain pameran serta acara simbolik mengibarkan Jalur Gemilang melibatkan lebih 20 kenderaan terdiri daripada kereta dan motosikal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kesuma Kibar Jalur Gemilang dan Hari Malaysia 2025 bersama Warga Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sulkifli berkata usaha mendidik generasi muda tentang patriotisme juga diberikan penekanan menerusi program khusus anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan beberapa jabatan lain yang melibatkan aktiviti sukan serta pendidikan kenegaraan.

"Penglibatan golongan belia amat penting kerana mereka bakal menjadi pewaris kepimpinan negara dan program seperti ini mampu menyuntik semangat kecintaan serta rasa tanggungjawab terhadap tanah air," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan