JENAYAH & MAHKAMAH

Penganggur Ditahan Bersama Rokok Tidak Bercukai Bernilai RM270,000

12/09/2025 02:47 PM

KANGAR, 12 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang penganggur serta merampas 1,509 karton rokok pelbagai jenis yang dipercayai tidak bercukai bernilai RM270,000 di hadapan sebuah rumah di Kampung Rambai, Padang Siding, Pauh di Arau pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau pada 10.30 pagi selepas rokok berkenaan ditemukan dalam kenderaan pelbagai guna Naza Ria.

"Pihak polis menjalankan pemeriksaan di rumah tersebut dan mendapati lelaki ini berada dalam rumah, polis kemudian membawa suspek ke hadapan rumah untuk menjalankan pemeriksaan dalam kenderaan itu dan mendapati terdapat rokok tidak bercukai ini yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk penumpang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mohsin berkata rokok tersebut dipercayai milik lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Beliau berkata suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk dadah turut positif metamfetamina dan direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan