AM

Dr Sivanaesan Presiden Terpilih MMA

13/09/2025 06:27 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Dr L. Sivanaesan kini menyandang jawatan Presiden Terpilih Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Pada pemilihan MMA yang berlangsung pada Ogos lepas, ahli dari seluruh Malaysia telah memberikan kepercayaan kepada Dr Sivanaesan untuk memimpin persatuan itu.

Beliau akan berkhidmat selama setahun sebagai Presiden Terpilih sebelum menyandang jawatan Presiden pada 2026.

“Saya akan menggalas tugas paling berat dalam kerjaya saya,” kata beliau dalam hantaran Facebook hari ini.

Perjalanan Dr Sivanaesan bersama MMA bermula sejak beliau menjadi ahli pelajar dan sepanjang tempoh berkenaan, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan penting termasuk Ahli Exco MMA Perak, Ahli Exco dan Pengerusi Negeri MMA Selangor, Pengerusi Bahagian Pengamal Perubatan Swasta Kebangsaan serta dua penggal sebagai Timbalan Setiausaha Kehormat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan