JOHOR BAHRU, 15 Sept (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Tan Sri Yacob, Skudai, sejak 23 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Voo Zhi Lin oleh datuknya yang berusia 68 tahun pada 26 Julai pada 11.24 pagi.
“Remaja itu kali terakhir dilihat berada di rumah datuknya di Taman Tan Sri Yacob. Butiran fizikalnya ialah berketinggian 145 sentimeter dan berat kira-kira 50 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Wilford Carter Blaydes di talian 013-8498448 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 / 07-5114486.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial