PONTIAN, 21 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh ke dalam laut di sebuah jeti nelayan di Jalan Tambak-Pontian Kecil di sini, hari ini.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 12.02 tengah hari.
“Lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai jatuh ketika membuat kerja pembersihan bilah kipas bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahadir berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 17 anggota BBP Pontian Baru dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kluang.
Sementara itu, Mahadir berkata mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari jeti pada 3.25 petang.
“Mayat dibawa naik oleh pasukan bomba dengan bantuan rakan mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial