JENAYAH & MAHKAMAH

Jalan Sekitar Stadium Merdeka Ditutup, Dilencongkan Sempena Piala Sultan Selangor

23/09/2025 03:32 PM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Jalan utama di sekitar Stadium Merdeka di sini akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2025 antara Selangor dan Singapura bermula 2 petang, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata ia melibatkan Jalan Maharajalela (Bulatan Merdeka), Jalan Hang Tuah (susur masuk ke Jalan Hang Jebat), Jalan Hang Jebat, Jalan Stadium dan Jalan Merdeka.

“Seramai 115 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan penyokong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan, mematuhi arahan polis di lokasi dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan