GEORGE TOWN, 26 Sept (Bernama) -- Dua individu dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan hutan berhampiran Freedom Hill, Happy Rock, Batu Ferringhi di sini petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.38 petang.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik pihak bomba tiba, kami mendapati dua mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita telah sesat di kawasan hutan itu, komander operasi membuat penilaian awal sebelum anggota memulakan pencarian berpandukan perkongsian lokasi daripada mangsa menerusi aplikasi WhatsApp.
“Setakat ini, operasi masih dijalankan bagi menjejaki kedua-dua mangsa yang dipercayai sesat di dalam hutan itu,'” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dua mangsa itu dijalankan oleh sepasukan enam anggota dari BBP Bagan Jermal bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial