KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) -- Kelantan Red Warriors (KRW) menamatkan kontrak penyerang import dari Kenya, Ismail Salim Dunga, selepas hanya tiga perlawanan di bawah bimbingan Irfan Bakti dalam saingan Liga A1 musim ini.
KRW dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dicapai secara persetujuan bersama antara kelab, ejen dan pemain, berkuat kuasa serta-merta.
“Ismail yang dibawa masuk pada saat akhir sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga-M) 2025/2026 ditutup pada 1 Sept lepas, tidak mencapai prestasi yang dikehendaki kelab.
“Hasil perbincangan bersama pihak berkepentingan, kami bersetuju menamatkan kontrak beliau hari ini,” jelas kenyataan itu.
Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini bersama kelab Liga Jepun, Kamatamare Sanuki dan beraksi tiga perlawanan bersama KRW tanpa sebarang jaringan.
“Kami mengucapkan terima kasih atas komitmen dan dedikasinya serta mendoakan kejayaan beliau dalam kerjaya akan datang,” tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial