JENAYAH & MAHKAMAH

Pengusaha Restoran Rugi RM783,000 Terperdaya Pelaburan Saham Tidak Wujud

10/12/2025 10:26 AM

KUANTAN, 10 Dis (Bernama) -- Seorang pengusaha restoran kerugian RM783,000 akibat terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi laman Facebook. 

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata lelaki berusia 30 tahun itu yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah dihubungi seorang individu sebelum mangsa dijanjikan pulangan harian antara RM550 hingga RM600. 

Beliau berkata mangsa kemudiannya telah membuat 23 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza antara 20 Okt hingga 7 Dis lepas menggunakan wang simpanan peribadi, simpanan perniagaan, pinjaman keluarga serta jualan barang kemas. 

“Namun selepas bayaran dibuat, mangsa gagal mengeluarkan wang keuntungan dan diminta membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan