KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran rokok secara haram menerusi Ops Taring Alpha 1 di Klang, Selangor pada Rabu lepas.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Amanjit Singh berkata dalam serbuan pada 2.30 petang itu, pihaknya turut merampas 750 karton rokok putih tidak berkastam dan sebuah kenderaan jenis Nissan Almera disyaki digunakan untuk aktiviti pengedaran.
“Hasil keseluruhan rampasan dalam serbuan terbabit dianggarkan RM320,000.
“Lelaki berusia 60 tahun dan kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang (IPD) Selatan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 167,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Amanjit berkata operasi tersebut dilaksanakan Cawangan Perisikan Batalion 4 PGA Semenyih dan bahagian siasatan jenayah IPD Klang Selatan.
Beliau turut menasihati orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang .
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial