AM

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Kelantan, Terengganu Hingga 29 Dis

26/12/2025 10:51 AM

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga 29 Dis ini (Isnin).

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh di Kelantan, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) bagi tempoh yang sama.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada diramalkan melanda kawasan Gua Musang di Kelantan; Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) hingga Isnin depan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan