KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, Trans Resources Corporation Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM550.8 juta daripada SRS Consortium Sdn Bhd untuk projek berkaitan Light Rail Transit (LRT) Mutiara Line di Pulau Pinang.
Menurut TRC Synergy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kontrak itu melibatkan kerja-kerja pembinaan dan menyiapkan laluan jejambat, stesen, pelancaran SBG dan kerja-kerja lain yang berkaitan.
“Projek itu tidak akan memberi sebarang impak kepada modal saham terbitan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham utama, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang syarikat dan anak syarikatnya (TRC Group).
“Tanpa mengambil kira keadaan di luar jangka, Lembaga Pengarah berpendapat projek itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham TRC Group pada masa depan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial