AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Terus Berkurangan

27/12/2025 08:24 PM

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) --  Keadaan cuaca yang semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 419 orang daripada 107 keluarga setakat 6 petang ini berbanding 468 orang daripada 116 keluarga pada sebelah pagi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatat jumlah tertinggi iaitu 335 orang daripada 86 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

Daerah Kuala Terengganu pula menyaksikan seramai 71 orang daripada 19 keluarga masih berada di sebuah PPS di SK Chendering manakala di Dungun, sebanyak 13 mangsa daripada dua keluarga berteduh di sebuah PPS iaitu Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di seluruh Terengganu hingga 29 Dis ini.

Oleh itu, orang ramai terutama di kawasan berisiko dan rendah diingatkan agar terus berjaga-jaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan