GUA MUSANG, 29 Dis (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyumbang 50 Kotak Rahmah RTCares kepada 50 keluarga dari dua kampung di sini yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Pengarah JPNIN Kelantan Zarina Zakaria dalam kenyataan hari ini berkata kampung terlibat ialah Limau Kasturi dan Kampung Batu 5.
"Program ini mencerminkan komitmen berterusan JPNIN dalam memupuk semangat kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.
Zarina berkata penglibatan aktif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam program pasca bencana membuktikan semangat kebersamaan dan keprihatinan sosial terus menjadi asas kepada keharmonian masyarakat, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Beliau berkata Program Gerak Kerja Pasca Bencana diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat di samping meningkatkan kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat dalam menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan.
Selain itu, program tersebut juga bertujuan memperkasakan peranan KRT Gua Musang yang berperanan sebagai Skuad Uniti dan ejen perpaduan serta barisan hadapan komuniti melalui pelaksanaan aktiviti pasca bencana, pembersihan kawasan terjejas dan ziarah perpaduan bagi membantu penduduk terkesan banjir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial