JENAYAH & MAHKAMAH

Silinder Gas Helium Meletup, Dua Gerai Tiga Kereta Rosak

02/01/2026 10:36 PM

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan mengenai letupan itu pada 1 tengah hari tadi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kajang Insp Shisheewady Ruzani di talian 016-856 5670.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan