KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih apabila jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di negeri itu mencatatkan penurunan pada petang ini berbanding pagi tadi.
Di SABAH, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Belud ditutup pada 1 tengah hari tadi apabila semua 260 orang daripada 91 keluarga di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan hanya dua daerah masih terjejas banjir iaitu Tenom dan Beaufort dengan jumlah mangsa sebanyak 1,206 orang daripada 425 keluarga di sembilan PPS setakat 4 petang ini.
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri berkurangan kepada 185 orang daripada 54 keluarga pada 4 petang berbanding 308 orang daripada 99 keluarga pagi tadi.
Mereka dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa, Bekenu.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan rondaan di kawasan terjejas banjir mendapati paras air menunjukkan trend menurun dan cuaca baik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial