| BERITA TERGEMPAR | Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | |
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sabaruddin Ahmad Sabri, 60, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Beliau berkata pemergian Sabaruddin yang juga pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM) pastinya dirasai khususnya dalam kalangan pengamal media dan dunia penyiaran.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, isteri Sabaruddin, Suzrina Shamsuddin, 55, ketika dihubungi Bernama memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan paru-paru dan menghembuskan nafas terakhir pada 5.28 pagi tadi.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Jamek FRIM untuk disolatkan selepas zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kepong, Selangor.
Sabaruddin meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial